Seloka Ramadhan
Ramadhan ketika kecil
Sedari kecil Ramadhan disajikan dengan kemeriahan.
Kanak kanak kecil girang menantikan raya.
Kanak kanak kecil juga yang menggelupur diajak puasa.
Yelah, ketika itulah pastinya air paip pun terasa nyaman di tekak.
Iklan Milo di TV mengujakan dengan gelas 'berpeluh' dan ais batu berlanggar dalam pergerakan slow motion.
Fuh fuh nangis merengek minta berbuka ..
Ibu pun pujuklah dengan janji. Untuk membuatkan segelas upah untuk diri ini.
Tatkala azan maghrib menerpa, berderu deru air masuk ditekak.
Oh lega
Itu baru kisah milo ais.
Belum lagi kuih berwarna bak pelangi, ayam golek gemolek dan pelbagai makanan lain.
Semua tiga kali ganda mengujakan dibulan puasa.
Yang pastinya bila kita dewasa, semua akan berubah seiring masa..
Ya Allah, rahmatilah ibu bapa, yang sentiasa ada untuk segala pertama.
Comments
Post a Comment